Wednesday, 12 September 2012

Mukadimah




         
Baja Warisan “A” Sawit adalah merupakan baja serba guna yang boleh digunakan kepada apa sahaja jenis tanaman.  Ia dikatakan serba guna kerana ia boleh digunakan kepada pelbagai jenis pokok sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.  Contoh sayur berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi.  Sayur berbuah seperti labu, terung dan petola.  Contoh  pokok berbuah seperti durian, cempedak, kelapa sawit, keladi, nanas, jagung dan keledek.  Pokok bungaan  atau hiasan pula tidak mengira sama ada jenis pokok berbunga atau berdaun. Semakin lama baja ini digunakan, tanaman akan menjadi semakin sihat dan subur.  Baja ini dapat menambahkan pendapatan petani  kerana dengan penggunaan baja ini terhadap apa juga jenis tanaman, pengeluaran hasil tanaman petani dapat ditingkatkan.
Baja Warisan “A” Sawit mengandungi enzyme cofactors iaitu sejenis bahan semula jadi yang dapat membantu  pembentukan buah secara maksimum serta dapat meningkatkan hasil tanaman secara berterusan.  Semua benda hidup memerlukan enzyme untuk hidup dengan sihat.   Enzyme cofactors  adalah  bahan  yang saling bekerja sama sebagai protein pemangkin kepada tumbuh-tumbuhan tanpa mengubah sebarang tindak balas kimia dalam pokok.  Malah bahan ini dapat mengekalkan  kesuburan pokok dengan lebih lama. 
 
                Baja Warisan “A” Sawit juga sangat sesuai digunakan di kawasan yang beriklim tropika.  Jumlah hujan dan panas yang sekata diikuti dengan penggunaan baja yang menepati kandungan pemakanan tumbuhan akan menjadikan pokok  hidup dengan lebih subur dan bebas dari gangguan penyakit.
Baja Warisan “A” Sawit adalah baja NPK yang dihasilkan melalui kajian-kajian yang mendalam dalam proses pembajaan pelbagai tanaman terutamanya tanaman yang diusahakan di Malaysia.
Sejak tahun 1960 lagi pelbagai bentuk ujian telah dijalankan ke atas pelbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, kelapa sawit dan getah dengan menggunakan Baja Warisan “A” Sawit.
Kajian tersebut membuktikan bahawa semua komposisi bahan yang terdapat di dalam campuran baja NPK adalah sangat penting sebagai sumber nutrisi kepada tumbuh-tumbuhan. Bagaimanapun, penggunaan dos atau jumlah yang paling optimum untuk sesuatu pokok adalah sangat penting. Inilah faktor yang mendorong kepada terciptanya Baja Warisan “A” Sawit yang dapat mengisi keperluan pemakanan sesuatu pokok dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment