Baja
Warisan “A” Sawit telah diuji untuk kebanyakan tanaman buah-buahan tempatan,
pokok getah, tanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan terutamanya okid. Baja ini didapati sangat menepati kehendak
pembesaran dan kesihatan tumbuhan.
Penggunaan baja ini tidak menjejaskan
komposisi nutrien yang telah sedia ada di dalam tanah, malah keadaan tanah di
mana tanaman itu ditanam akan bertambah subur tahun demi tahun.
Maklum
balas dan testimoni terhadap Baja Warisan “A” Sawit yang diterima selama hampir
52 tahun ini tidak pernah menghampakan.
Keberkesanan baja ini setanding denga baja NPK yang diimport dari luar negara. Harganya yang berpatutan tidak membebankan
pengguna. Petani tidak perlu menggunakan
pelbagai jenis baja untuk mendapatkan pokok yang sihat dan hasil yang lumayan.
No comments:
Post a Comment