Penghasilan
Baja Warisan “A” Sawit telah dimulakan dengan pelbagai kajian yang dibuat ke
atas pelbagai jenis tanaman yang terdapat di Malaysia, seperti lada, betik,
nanas, keladi dan pisang. Seterusnya
penggunaan baja ini diperluaskan kepada tanaman kelapa sawit dan kekacang.
Sejak
baja ini diperkenalkan pada tahun 1960, formula baja ini tidak pernah diubah
walau sedikitpun. Bagaimanapun pelbagai
kajian telah dibuat terhadap baja ini untuk memastikan ianya baik digunakan
untuk pokok buah-buahan dan pokok getah.
Penggunaan
baja secara besar-besaran telah dijalankan ke atas tanah milik Koperasi Peladang
Ayer Hitam seluas 350 ekar pada tahun 1961 hingga tahun 1975. Koperasi ini menggunakan Baja Warisan “A”
Sawit sepenuhnya. Tuan Haji Harun pula
adalah pengerusi koperasi tersebut.
Akhirnya hasil dari tanaman nanas koperasi ini telah dapat memecahkan
monopoli bukan bumiputera pada masa itu.
Bagaimanapun
pada tahun 1976, disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan,
akhirnya satu kata sepakat telah dipersetujui oleh pihak MARDI, FAMA dan
Lembaga Perusahaan Tanaman Nanas Tanah Melayu, dan mereka telah bersetuju untuk
menukar tanaman nanas ini kepada tanaman kelapa sawit hinggalah sekarang.
Masalah berlaku disebabkan oleh:
i-
Harga buah nanas yang sangat murah.
ii-
Kekurangan tenaga pekerja.
iii-
Nanas dijangka mendapat pasaran yang baik
selepas tiga tahun harga merundum.
iv-
Keputusan pihak pengurusan dan beberapa badan
pertanian yang mahu nanas ditukar kepada tanaman kelapa sawit untuk membantu
ekonomi penduduk setempat.
Penggunaan Baja Warisan “A” Sawit tetap dapat memberikan
pulangan yang lumayan kepada tanaman kelapa sawit ini. Ahli-ahli koperasi masih tetap setia
dengan baja ini. Hingga kini, permintaan terhadap Baja Warisan
“A” Sawit yang diguna pakai oleh penduduk di sekitar kampung sahaja adalah
berjumlah 10 tan sebulan, yang bernilai lebih kurang RM64,000. Purata jumlah
penggunaan yang diguna pakai oleh seluruh petani setakat ini bagi setiap bulan
adalah di antara 40 hingga 50 tan sebulan yang bernilai lebih kurang RM320,000.
Baja
Warisan “A” Sawit juga mendapat permintaan yang tinggi di sekitar daerah Muar
dan Batu Pahat, sejak kejayaan yang diraih oleh koperasi nanas tersebut. Pekebun-pekebun kecil pula menggunakan baja
ini untuk tanaman seperti durian, manggis, duku, rambutan dan cempedak. Petani juga
mendapati penggunaan Baja Warisan “A” Sawit sangat mudah, murah dan pulangan
yang diperolehi juga adalah lumayan.
Pokok durian yang mengalami masalah masak tidak sekata atau masak
sebahagian, dan sebahagian lagi keras, tawar dan isi yang berair, boleh diatasi
dengan hanya menggunakan baja Warisan “A” Sawit. Pekebun nanas yang biasanya menggunakan kapur
untuk menutralkan tanah, menggunakan baja urea untuk menggemukkan tanaman
seterusnnya menggunakan pelbagai baja lain untuk mendapatkan buah yang baik tidak
perlu lagi bersusah payah menyediakan pelbagai jenis baja kerana penggunaan
Baja warisan “A” Sawit telah terbukti menambah pendapatan petani dengan
pertambahan hasil dari 30% hingga 40% dalam sekali penuaian. Hasil yang
diperolehi juga berkualiti.
No comments:
Post a Comment