Formula
Baja Warisan “A” Sawit telah dicipta oleh Tn. Haji Harun bin Muhammad Yassin.
Beliau telah dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1929. Beliau pernah dilantik menjadi Penolong
Pegawai Pertanian di Rubber Research Institute Of Malaysia (RRIM) sekitar tahun 1948
– 1950. Pada waktu inilah beliau telah
memanfaatkan peluang yang ada untuk memperolehi kemahiran dalam proses
pembuatan baja yang berkesan. Sekitar tahun
1950an pula beliau telah dilantik sebagai agen pemasaran ICI fertilizer.
Pada
tahun 1961, beliau akhirnya telah
membuat keputusan muktamad untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sumber
pendapatan utama. Beliau terus berusaha
untuk menghasilkan produk baja terbaik yang boleh digunakan untuk pelbagai
tanaman di Malaysia khususnya dan kegunaan di Asia amnya. Baja ciptaan beliau telah banyak menghasilkan
kejayaan yang menakjubkan. Penggunaan
baja ini telah memberi kejayaan kepada beliau.
Pada tahun 1965 hingga tahun 1967, beliau telah berjaya menjadi peraih
nanas yang disegani. Pasaran utama pada
masa itu ialah negara Singapura yang pada ketika itu sedang membangunkan
industri eksport barangan makanan ke negara-negara luar.
Kecenderungan
dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam industri pembuatan baja dan kajian ke atas
pelbagai tanaman di negara ini, telah membuatkan beliau dipilih untuk menerima
anugerah Pingat Ibrahim Sultan (PIS), daripada Almarhum Sultan Johor pada masa
itu.
Penggunaan
baja ini telah diperluaskan kepada
tanaman kelapa sawit. Hasil yang
diperolehi dari penggunaan Baja Warisan “A” Sawit terhadap tanaman kelapa sawit juga tidak
mengecewakan. Beliau menerima maklum balas yang positif dari pengguna-pengguna
baja beliau.
Walaupun
pencipta Baja Warisan “A” Sawit ini telah meninggal dunia pada 8 Februari 2009,
tetapi penemuan dan formula baja yang sangat berpotensi ini akan tetap
diteruskan demi keberhasilan industri
pertanian negara.
No comments:
Post a Comment