Monday, 24 September 2012

Kebun Contoh

Hari ini, kami membantu mengusahakan dan membaja kebun kepunyaan Encik Suparna di Senggarang. Lawatan ke kebun beliau telah diadakan beberapa hari yang lepas dan hari ini kami di telah diberi kepercayaan untuk menaburkan baja di pokok2 sawit di kebunnya.

Alhamdulillah, semua kerja berjalan lancar.


* Gambar akan di upload kemudian.


Pokok sawit sekarang

Tinggi dan kurang buah

Tuesday, 18 September 2012

Keistimewaan Baja "Warisan A Sawit"



Kelebihan Baja Warisan “A” Sawit
  1. Boleh digunakan pada semua jenis pokok.
  2. Menggemukkan tanaman.
  3. Meningkatkan imuniti pokok daripada serangan serangga perosak.
  4. Meningkatkan kesuburan debunga.
  5. Membantu pertumbuhan tanaman.
  6. Memaksimalkan hasil pertanian.
  7. Mengekalkan nutrien dalam tanah.
  8. Mengurangkan kehilangan nutrien lain.
  9. Memperbaiki kualiti tanah.  Baja ini sesuai digunakan pada mana-mana tanah.  Tidak kira sama ada tanah itu dari jenis tanah gambut, tanah laterit atau tanah liat.  Ia berfungsi untuk mengembalikan semula keneutralan tanah dan memperbaiki ph tanah  tersebut. 

Aturan Penggunaan Baja


Bil
Pokok
Pembajaan
Sukatan
Penggunaan Setahun
1
Kelapa sawit
3 hinga 4 bulan
416 gm
1 kg 248 gm(3 bln)    1 kg 664 gm(4 bln)
2
Nanas
Selepas 3 bulan
1 sudu  sepokok
1 sudu semusim
3
Pisang
Selepas 3 bulan
2-3 sudu  sepokok
2 – 3 sudu semusim
4
Kekacang
Setiap 6 bulan
1 sudu  sepokok
1 sudu semusim
5
Keladi
Setelah pokok pulih
1 sudu  sepokok
1 sudu semusim
6
Pelbagai sayuran
Setelah pokok pulih
1 sudu  sepokok
1 sudu semusim
7
Durian
1 tahun sekali, waktu pokok berbunga
2 kg sepokok
2 kg semusim
8
Pelbagai buah-buahan
1 tahun sekali
2 kg sepokok
2 kg semusim

Perbezaan Kos Baja Warisan “A” Sawit Dengan Baja X Untuk Setahun


Butiran
Baja Warisan “A” Sawit
Baja X
Kadar
1 kotak( 25 kg )
1 bag ( 50 kg )
Harga
RM160
RM120
RM/pokok
RM2.65
RM4.00
Sepokok
416gm
1kg 600gm
Kekerapan
3-4 bulan
3-4 bulan
Kos 1 ekar
RM160
RM240
KOS SEMUSIM
RM480-640
RM660-880

Kompisisi baja "Warisan A Sawit"



Komposisi Baja Warisan “A’ Sawit
Komposisi Baja Warisan “A” Sawit adalah terdiri dari bahan-bahan yang mengandungi NPK.  Bahan-bahan ini amat penting dalam  proses pembesaran, kesihatan dan penghasilan tanaman.
                N – ( Nitrogen)
 Nitrogen adalah bahan penting yang berfungsi sebagai penyubur kepada kesihatan daun bagi setiap tanaman yang ditanam.  Tanpa bahan nitrogen daun akan menjadi  tidak subur, mudah dijangkiti penyakit, menjadi kekuningan dan kering.
                P – ( Potassium)
 Potassium adalah merupakan bahan yang sangat penting untuk menggalakkan pertumbuhan buah bagi tanaman yang ditanam.Tanpa potassium, buah yang dihasilkan akan menjadi kurang bermutu, kecil dan ringan.
                K – ( Kalsium ) 
  Kalsium  adalah merupakan bahan yang berfungsi untuk membesar dan menguatkan batang pokok.Keteguhan dan kekuatan bagi setiap batang pokok dapat mengelakkan daripada berlakunya pokok tumbang atau patah di bahagian tengah. 
  
                Kelembapan baja adalah lebih kurang 5%.